Thursday, March 26, 2009

Kapitalis dan sosialis: Bagaimana dengan Equalis?

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah

Disaat dunia sedang merangkak menghadapi kebejatan ekonominya, banyaklah muncung-muncung mulut menguncup ke arah satu sistem yang dikenali sebagai kapitalis. Menurut mereka, kapitalislah yang menyebabkan ekonomi dunia sekarang gawat segawat-gawatnya. Manakan tidak, sebelum ini mereka memiliki kereta dan rumah, tapi akhirnya terpaksa berkampung di koridor seperti peminta sedekah, berkampung di hadapan white house untuk menunjukkan perasaan marah kepada bapak presiden dahulu yang membazirkan duit. Begitu juga seorang yang menjadi punca pendapatan keluarga, hilang kerja akibat kegagalan kilangnya untuk terus bertahan dan beroperasi. Inilah yang berlaku, dan inilah yang saya boleh lihat dan saya boleh dengar sewaktu berada di sebuah tanah yang bernama United States ini.

Maka bergasak-gasaklah para presiden dan khadam (istilah lama bukan bererti hamba, tapi pegawainya) untuk mempertahankan ekonomi negara mereka kerena disitulah letaknya kunci kejayaan dan survival politik mereka. Dibukalah berbagai medium untuk membolehkan rakyat menghantar sebarang pertanyaan tentang tindakan kerajaan dalam menjaga ekonomi untuk menunjukkan telusnya mereka. Berputar-putarlah kepala khadam-khadamnya untuk mencari jawapan. Disuntikkanlah berbillion dolar ke syarikat konglomerat untuk membolehkan syarikat itu hidup dan pekerjanya tidak dikehilangan pekerjaan. Inilah kesan kebejatan ekonomi dunia yang berlaku seanteronya.

Inilah antara senario yang berlaku. Umum mengetahui bahawa sistem kapitalis ini muncul semunculnya kuasa Amerika di Atlantik. Merebak sehingga apa yang kita katakan sekarang, seluruh dunia bergenang dengan gelombang angin kapitalis. Sebagai mana nyaman ditiup angin itu, begitu juga ngerinya dihambat angin ini apabila bertukar ribut. Apabila angin sudah menjadi ribut, rumah yang besar tidaklah terkesan sangat, tetapi rumah kecil pastinya terbang dibawa ribut tersebut. Melalui sistem ini, yang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan terus bertambah miskin. Oleh kerana sistem sosialis bukan menjadi "subject matter" pada tulisan ini dan tidak dilihat sebagai papan rapuh ekonomi dunia, tidaklah penulis ingin menyentuhnya.

Asal Usul Kapitalis
Kapitalis sebenarnya bukanlah baru. Sejak hampir berabad-abad lamanya, tetah wujud sistem ekonomi ini. Penulis percaya bahawa sistem kapitalis yang berasaskan modal ini diwujudkan oleh golongan yahudi. Sejarah kewujudan sistem kapitalis ini telah berlaku 1400 tahun dahulu di Yathrib dan sejarah hijrah juga membuktikan bagaimana sistem kapitalis ini tumbang ditangan seorang sahabat nabi bergelar Abdul Rahman bin Auf.

Ketika bangsa yahudi menetap di Madinah, 300 tahun sebelum hijrah, mereka telah menguasai satu pasar yang dinamakan sebagai Suk al-Rakaz. Pasar Rakaz ini adalah satu pasar besar yang menjadi nadi pembangunan yathrib. Pasar ini pada asalnya adalah pasar yang dipelopori oleh golongan Arab di Yathrib pada waktu itu. Melihat kepada strategiknya kedudukan yathrib iaitu terletak di pertengahan jalan perdagangan Arab Yaman dan Sham, menjadikannya tempat yang disinggahi dan tempat pertukaran barang perniagaan. Para pemuka yahudi yang memang licik, mengambil kesempatan ini untuk menguasai pasar tersebut.

Yahudi tidak datang dengan karung-karung kosong. Karung-karung mereka dipenuhi dengan kitab-kitab nenek moyang mereka yang mengajar mereka bahawa merekalah bangsa yang terbaik dan merekalah yang paling cerdik, sedang manusia lain hanya seperti kawanan lembu. Pendeta-pendeta yahudi mencanangkan akan ada seorang rasul yang terakhir yang akan bangkit daripada mereka untuk memerangi kaum Arab yang menyembah berhala. Justeru, diprovokasinya kaum Arab dan mereka meracun mereka uantuk membeli kelengkapan perang daripada Yahudi dan berkata "Kamu memerlukan ini (pedang) kerana apabila rasul itu datang, maka dia akan memerangimu".

Yathrib adalah sebuah badar metropolitan yang dikuasai oleh dua kabilah Arab yang besar iaitu kabilah Aus dan Khazraj. Yahudi dengan kuasa ekonomi yang ada, membekalkan peralatan perang kepada kedua-dua kabilah ini dan mereka melaga-lagakan antara kabilah tersebut dengan fitnah dan mengadu domba. Akhirnya, kedua-dua kabilah ini berperang saudara sesama sendiri sambil golongan yahudi mendapat nikmat atas peperangan ini. Hilanglah kuasa Arab ke atas pakar rakaz dan dikuasainya sehinggalah peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Bangsa Arab hanya mempunyai kekuasaan politik yang selalu dibayangi oleh kuasa ekonomi yahudi.

Kaum Arab Bangkit
Golongan Arab Yathrib mahu bangkit daripada tidur dan penipuan yahudi. Mereka akhrinya sampai kepada satu persetujuan untuk melantik seorang daripada mereka sebagai pemerintah. Maka diputuskanlah Abdullah bin Ubai sebagai orang tersebut. Walaupun ada sebahagiannya tidak bersetuju dengan perlantikan itu, mereka tidak mempunyai pilihan kerana apa yang penting adalah kekuasaaan ekonomi dan politik mereka dikembalikan. Akhirnya, pada ketika musim haji, kaum Aus dan Khazraj ini bertemu dengan seorang yang mendakwa dirinya rasul akhir zaman. Mereka yakin inilah orangnya yang dimaksudkan oleh yahudi, dan mereka percaya Nabi inilah yang mempu membantu mereka menghapuskan pengaruh yahudi dan membawa balik kegemilangan kabilah mereka. Nabi di jemput menjadi ketua orang-orang Arab dan menjalankan kuasa politik yang ada pada kaum Arab pada ketika itu.

Sistem Ekonomi Yahudi
Tidaklah sukar untuk mengetahui sistem yahudi. Tidak lain hanyalah sistem riba'. Riba dalam ertikata yang sebenar adalah satu bentuk penindasan yang berikan oleh pemberi hutang kepada penghutang. Dengan berbekalkan modal yang ada, mereka boleh mendapatkan pulangan yang besar. Setiap hutang yang diberikan mempunyai faedah kepada pemuitang. Semakin lama hutang dibuat, semakin banyaklah faedah yang diperoleh. Sekiranya berlaku kerugian dalam perniagaan, si penghutang akan terus kekal berhutang, sedang si pemuitang tidak memikul beban hutang tersebut. Jatuhlah penghutang berkenaan dalam kebankrapan, maka semua hartanya dirampas, dilelong dan dijual.

Yahudi juga mewujudkan satu jaringan perniagaan yang besar. Dengan menguasai sumber-sumber bahan mentah utama dalam kehidupan, seperti air, minyak masak dan sebagainya, Yahudi mendominasi pasaran. Melalui langkah ini, oleh kerana pembekal bahan mentah seperti gamdum dan bijirin bergantung kepada sumber bahan mentah ini seperti air, maka mereka dapat menguasai pasaran bahan mentah dengan harga yang cukup rendah. Tekanan diberikan sekiranya mereka menjual bahan mentah itu dengan harga mahal dengan menaikkan kos sumber bahan mentah seperti kos air dan keperluan lain. Kemudian, barang-barang yang diperolehi dan dikilangkan, dijual dengan harga yang mahal. Terus, tinggallah golongan peladang gandum dan petani dengan pendapatan yang sikit, dan teruslah mereka yang mempunyai modal dan kekuasaaan pasaran untuk terus melabur dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Jaringan niaga ini akhirnya bertukar kepada satu bentuk monopoli yang akhirnya menjadikan pasar rakaz itu menjadi milik mereka. Bangsa Arab hilang tempat di pasar tersebut.

Rasulullah s.a.w menghancurkan kekuasaan Ekonomi Yahudi
Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Yathrib, baginda menjenamakan semula Yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah. Kaum Yahudi yang suatu masa dahulu mendabik dada dengan kitab taurat dan injil yang telah diubah, kini terhina dengan al-Quran yang membongkar segala pekung sikpa jahat dan jelek mereka. Merekalah bangsa yang tidak tahu diuntung, dan merekalah bangsa yangmembunuh nabi, kemudian mendoakan agar Allah menghantar seorang nabi yang lain untuk memimpin mereka. Secara langsung, kreadibiliti yahudi menjadi hancur dan tidak bermaruah.

Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abdul Rahman bin Auf, seorang saudagar yang telah terkenal sewaktu zaman jahiliyyah dan zaman awal Islam di Mekah. Dengan doa Rasulullah s.a.w, Abdul Rahman berjalan ke pasar rakaz dan memulakan perniagaan dengan menjual kain tenunan. Dalam tempoh yang sangat singkat, Abdul Rahman telah berjaya menghancurkan kekuasaan ekonomi yahudi dengan mewujudkan sistem harga yang jauh lebih rendah daripada Yahudi. Beliau berani untuk menjual sesuatu pada harga modal atau lebih rendah daripada harga modal walaupun beliau rugi atau tidak mendapat apa-apa.

Walaupun pada awalnya hal ini ditertawakan yahudi, tetapi akhirnya mencemaskan mereka apabila mereka berhadapan dengan sindrom stok yang tidak laku. Memang tidak laku. Kalau si yahudi menjual seekor kuda dengan harga 9000 dinar, beliau menjualnya dengan harga 8500 dinar. Kadang-kadang, diturunkan harga sehingga si yahudi bingung kerana telah dibawah paras harga modal. Hancurlah ekonomi berasaskan kapital yang dipelopori yahudi. Hanya dalam tempoh 6 bulan, sistem ekonomi yang mencengkam Yathrib selama 300 tahun, hancur luluh atas keberkatan doa Rasulullah s.a.w dan kebijaksanaan Abdul Rahman. Sehingga terkenal kata-kata Abdul Rahman apabila ditanya tentang kejayaannya dalam perniagaan, beliau menjawab "aku akan tetap menjualkan barangku walaupun untungnya hanya 1 dirham (sepuluh sen).

Rasulullah s.a.w juga mengarahkan sahabat-sahabat yang hartawan supaya menguasai sumber-sumber utama seperti air dan perusahaan minyak daripada bijirin, jagung dan gandum, yang mana sebelum ini dikuasai oleh pihak yahudi. Dengan tawaran harga yang tinggi, kaburlah mata si yahudi dan semua kekuasaan mereka terhadap perigi-perigi dan ladang-ladang jagung dan gandum, dijual kepada orang Arab. Sumber-sumber air diwaqafkan untuk kegunaan awam. Dengan beberapa langkah ini, hilanglah kuasa yahudi dan tunduklah mereka kepada kekuasaan seorang pemerintah baru, itulah Rasulullah s.a.w.

Kapitalis dan Umat Islam
Memang tidak dinafikan bahawa, sehingga kini telah banyak negara Islam mengasaskan ekonomi mereka melalui sistem ini. Dengan kekuasaan ekonomi dan wang yang besar, harga dan kuantiti barang dalam pasaran dikawal oleh golongan ini. Melalui dasar ini juga, pelabur-pelabur luar datang dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dek kerana keuntungan mereka memiliki pasaran pertukaran wang asing yang dimiliki mereka. Tinggallah negara miskin dilembah kemiskinan dan negara kaya dibusung kekayaan.

Umat Islam tidak akan mampu untuk keluar daripada kemiskinan kerana kebanyakan umat Islam duduk dalam kelompok bawahan dalam sistem ekonomi kapitalis. Mereka bukanlah daripada kalangan yang mempunyai modal, tetapi berkhidmat sebagai kuli, memerah tanah untuk menjadi beras dan sayur-sayuran. Tinggallah peraih yang menjadi "abang kaya" dan membentuk pasaran harga. Sedang pembeli yang rata-rata orang kelas bawahan tadi, terpaksa membeli dengan harga yang tinggi diluar pendapatan mereka. Berterusanlah perkara ini sehinggalah kiamat sekiranya umat Islam tidak sedar.

Bagaimana dengan equalis?
Kapitalis dengan jelas tidak wasatiah kerana kedudukannya hanya memberi keenakan kepada pemodal sedang pak tani dan pak ikan masih tetap memegang cangkul dan menebar jala. Bagaimana sekiranya kita wujudkan satu sistem ekonomi equalis iaitu satu sistem yang memberi kesama rataan dalam pemodal, peraih dan petani? Pemodal mengeluarkan modal kepada petani. Petani membaja tanah dan mengeluarkan hasil mahsul dari bumi. Modal dipulangkan kepada petani dengan keuntungan yang sama antara petani dan pemodal. Jika rugi, sama-sama menanggung rugi. Si petani hanya berhutang separuh sahaja daripada modal, dan tidaklah menjadi bankrap hamba Allah ini. Si modal akan kaya walaupun tidak dalam masa yang pantas, sementara si petani akan tetap senang dan akhirnya keluar daripada kemiskinan. Zakat pasti akan meningkat kerana jumlah yang dizakatkan telah bertambah daripada seorang kepada dua orang.

Si peraih membeli hasil mahsul daripada petani dan nelayan dengan hasil mahsul yang lebih tinggi, dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah. Adil begitu bagi peraih. Kerana peraih adalah orang tengah yang tidak menyumbang modal dan keringan atau apa-apa. Mereka hanyalah broker yang menjadi orang tengah antara peruncit dan petani. Maka dihujungnya, masyarakat akan menikmati barang dengan harga yang lebih rendah. Walaupun idea ini dilihat susah, tetapi sampai bila kita perlu bergantung kepada sistem modal yang langsung tidak mengubah hidup kita dan masa depan kita?

Konsep perniagaan dalam Islam adalah lebih murni daripada konsep-konsep manusia yang lainnya. Perniagaan adalah satu tanggungjawab sosial yang bertujuan untuk membantu dan membolehkan kehidupan ini dikongsi oleh semua orang. Kerana jaul beli adalah halal disisi Islam dan bersifat tolong menolong sesama masyarakat dalam produktiviti. Si pemodal menolong pak tani dan pak ikan untuk membeli baja dan benih, si petani menghasilkan produk terbaik kerana dapat membeli baja terbaik untuk dijual kepada peraih, peraih membeli dengan harga yang tinggi untuk membantu petani dan menjual kepada peruncit dengan harga yang rendah untuk membantu masyarakat. Peruncit menjual dengna harga yang patut untuk membantu menjaga harga dipasaran sentiasa rendah. Kerana, pasaran harga adalah berbentuk indikator dan relatif. Apabila satu barang utama atau sumber utama naik, maka naiklah harga barangan lain yang mempunyai kaitan dengan barang tersebut.

Si pemodal, petani, peraih, peruncit kemudiannya menghitung keuntungan mereka. Ada, walaupun sikit, dibayarlah untuk cukai yang kecil kerana keperluan untuk cukai dalam negara telah berkurangan, dizakatkan untuk membantu golongan lain untuk memulakan perniagaan. Akhirnya, golongan yang miskin yang telah memulakan perniagaan dan dibantu dengan bantuan zakat dan kebajikan (tanpa mengira kaum, agama), akan mampu membayar zakat pada tahun berikutnya. Itulah falsafah zakat, si penerima zakat pada tahun ini, mengeluarkan zakat pada tahun berikutnya. Jadilah seperti zaman pemerintahan Umar Al-Aziz, yang mana pada waktunya, tidak ada yang berhak menerima zakat lantaran semua telah berada diatas paras kemiskinan. Wang berkenaan telah dihantar ke Eropah untuk membantu masyarakat Eropah yang baru memeluk Islam dan sangat miskin pada waktu itu.

Umat Islam perlu sedar bahwa yang paling utama yang patut diwariskan kepada anak-anak kita akan datang adalah Islam. Jangan kita pentingkan diri kita sendiri dengan hanya beribadat di atas sejadah, tanpa mempedulikan tanggungjawab sosial dan politik. Usah ditanya kenapa tok-tok lebai dan kiai-kiai siang malamnya di hamparan memberi pengajaran kepada orang yang menadah, tidak pergu membina ekonomi dan politik. Ini kerana tugas mereka melatih dan membangunkan modal insan islam yang gemilang. Kitalah yang terhasil daripada pengajian itu perlu bangun dan membentuk sistem Islam yang asal, tulin dan tidak terpengaruh dengan sistem yahudi ini. Akhirnya, lahirlah Islam yang cemerlang, di mana gaya hidup dan ekonomi Islam terjamin dan anak-anak kita akan mengamalkan Islam dalam keadaan bebas dan tenteram. Apakah ini kita pernah terfikir dan khuatirkan sekarang? /-ah.

6 comments:

Joyah Sempoi said...

Credit Crunch....itulah yg byk berlaku di dunia barat skang...saya fikir inilah doa2 orang teraniaya di Palestin yang termakbul...mungkin di seluruh dunia terasa tempiasnya tp bila dilihat secara telus, Barat paling teruk terkena......

ajako said...

wa ahallallahul bai'a waharrama riba. semua yg diajar oleh Islam termasuk dlm mu'amalat (islamic transaction) mmg baik, sbg contoh konsep musyarakah. Masalahnye, kalau kita guna term arabic jer, terus dicap pengganas. padehal riba' (x kirelah riba' adduyun ke, ape ke) digambarkan sbg benda plg jijik dlm islam. Tp dlm bahasa lain digunakan istilah yg cantik lak, 'faedah' lah, 'interest'lah, 'bunga'lah. yg teruknye umat islam sendiri lak tu yg menyokong.

ustazshafiee said...

best baca artikel ni. memberi banyak impian kepada umat Islam. dream vision or dreaming vision? ehehe.

sebenarnya kalau merujuk padfa al-Quran (sementelah abang kat bidang quran) ditunjukkan beberapa sebab kemusnahan kaum terdahulu. rujuklah cerita-cerita kaum terdahulu semuanya menunjukkan kedegilan (kedunguan?) golongan bangsawan dalm merendahkan dirinya setara dengan golongan bawahan. kaum bangsawan (merentasi zaman dan masa) mempunyai penyakit hati yang sama iaitu sombong dan takabbur.

untuk merendahkan diri mereka, menerima sistem ekonomi islam yang jelas bertentangan dengan sifat ketamakan mereka, sudah tentu menjadi perkara yang amat sukar. sudah tentu, kegemilangan ekonomi islam menjadi mimpi ngeri kepada golongan bangsawan.

setakat tu abang komen dulu, nanti abang smbung lagi, insyaAllah. need to go. lecturer dah masuk dah.. ehehe

defina said...

Salam...
Rasanya penerapan tentang kesedaran mengenai isu ini perlu ditanamkan melalui sistem pendidikan yang bertunjangkan silibus yang benar-benar menepati lunas-lunas ajaran Islam. Selain daripada itu pengamal-pengamal ekonomi termasuk mereka yang mempunyai kaitan dengan perkembangan ekonomi yang ada perlu memulakan langkah-langkah tersebut. Ini kerana sebagai contoh, orang yang mewarisi perniagaan (biasanya anak-anak) selalunya meneruskan corak pentadbiran perniagaan yang sedia ada. Maka, tanpa perubahan, persoalan ini akan terus berpanjangan.

setuju juga dengan sdr. ajako, istilah yang lebih manis biasanya digunakan untuk mengaburi mata umat Islam. Bagi mereka yang tahu, seolah-olah tidak mahu menerima hakikat yang perkara tersebut adalah salah di sisi Islam.

Amir Hamzah said...

@Joyah:mungkin betul... tapi yang saya nampak adalah kuasa tangan-tangan yahudi yang menggoncang dunia bagi mempamerkan kuasa mereka..

@abgajak: yahudi memang terkenal dengan permainan bahasa. Bukan sahaja riba yang ditukarkan kepada faedah atau interest (nota: faedah adalah bahasa arab yang abstrak maknanya, tetapi dalam bahasa melayu lebih mirip kepada keuntungan...). Lihat sahaja istilah jihad dan terrorisme, telah lama disongsangkan.

@kekanda: tak salah berangan... asal usaha dan pemikiran dilandaskan kepadanya, thanks

@sayang: betul, cuma cabaran kita adalah untuk membangunkan minda pemikir islam semasa yang lama ketandusan, jikalau sistem sahaja yang ada, tidak bermakna...

Ahmad Kamal Ahmad Rafiq said...

si peraih membeli ngn harga yg tinggi untuk bantu petani dan menjual dgn harga yg rendah untuk bantu rakyat?macam mana peraih tu nak hidup?tu bukan rugi dan terus rugi ke?